Friday, June 20, 2008

70 Dalil Abdullah Hilang Kelayakan Menjadi PM

Sebelum Membaca Artikel Ini, saya ingin berpesan kepada semua terutamanya Pakatan Rakyat dan Pendukung serta Penyokong dan semua ahli UMNO yang tidak sukakan kepimpinan Abdullah Badawi dengan satu pesanan iaitu:-

" Kalau Takut Pada Risiko, Jangan Bicara Tentang Perjuangan "

Saya sebenarnya bukan sahaja tidak suka dan tidak bersetuju Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia, malah sejak dari Zaman Tun Dr. Mahathir lagi, dan sekiranya selepas ini Malaysia masih lagi berPedana Menterikan pemimpin dari BN/UMNO, saya berpendapat Malaysia akan terus menuju kearah kehancuran dan Rakyat akan terus diperbodohkan. Kekayaan dan hasil mahsul negara yang subur ini akan terus dipelahak oleh mereka dan apabila segala khazanah ini hampir kering, rakyatlah yang disuruh untuk berkorban sesudah segala isi-isi kantung negara diratah oleh pemimpin-pemimpin yang hanya mahu menjadi buah pelir dan batang zakarnya sahaja

Sehingga penghujung tahun 2006 saja, telah lebih 70 kesalahan dan kelemahan Abdullah Badawi yang menunjukkan dengan sejelas-jelasnya bahawa dia itu memang tidak layak lagi menjadi pemimpin negara.

Saya ingin berpesan kepada Abdullah Badawi yang ego itu, sementara banyak pihak yang mendesak kami agar berundur termasuklah Tun Dr. Mahathir, tetapi saya tidak ingin ambil pusing akan perkara ini kerana bagi saya sesiapapun pengganti kami dari UMNO/BN, kesejahteraan dan rahmat sebenar untuk rakyat terbanyak akan terus diperkotak-katikkan kerana 'kiblat' perjuangan sebenar parti kami bukanlah untuk kepentingan rakyat dan negara Malaysia tetapi disebalik semua janji-janji dan kata-kata setiap pimpian dari parti kami adalah semata-mata untuk menjaga buah pelir dan batang zakar masing-masing.

Parti kamu sanggup dan akan melakukan apa saja untuk mempertahankan dosa-dosa dan kesalahan kamu kepada rakyat dan negara dengan memanipulasikan segala sistem kehakiman, PDRM, SPR dan juga apa saja agensi kerajaan demi untuk menjaga batang pelir dan buah zakar kamu.

Kepada Abdullah Badawi ingatlah, pada hari esok apabila kami tidak lagi menjadi pemimpin, Kami akan dilihat bukan saja oleh UMNO dan BN sendiri tetapi juga oleh rakyat jelata seluruhnya seperti "Melukut Di Tepi Gantang". Tidak terlihat satupun jasa kamu kepada negara sebaliknya kamulah yang telah menghancurkan Maruah Negara Malaysia disebalik slogan 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" yang sering kamu dabik-dabikkan itu. Ingatlah kekuatan dan keperkasaaan dalam membina kemakmuran dan kesejahteraan dan maruah sebauah negara bukan terletak atas sajak seperti "Kun Cari Damai Abadi" yang kamu bangga-banggakan itu, sedang yang sebenarnya disebalik baris-baris kata dalam sajak itu, tiada terkandung apa-apa selain dari hampas dan lompong yang kosong.

******************************************
Bacalah Senarai Kelemahan Abdullah Ahmad Badawi Di Bawah.

Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, jelas kelihatan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita yang kelima tidak menunjukkan kebolehan atau prestasi yang baik untuk memajukan negara kita dan semua bangsa Malaysia. Juga dalam tiga tahun yang kesudahan ini kita melihat Pak Lah bertukar wajah daripada imej “Mr Clean” menjadi “Mr Very Dirty”. Bab terkini dalam riwayatnya memperlihatkan Pak Lah mengaku dengan terang bahawa anak dan ahli keluarganya boleh menelan kekayaan negara dan hak rakyat sebab kononnya ‘dulu anak orang lain pun buat macam itu juga’. Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam keadaan sesak, ketegangan perkauman makin meningkat, dasar luar negara kabur dan Malaysia dipandang rendah oleh banyak negara. 70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara telah ditulis oleh seorang Ahli Umno darinegeri Kedah. Walaupun Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid berpura-pura menyokong Pak Lah atas alasan menjaga periuk nasi beriani beliau, maklumbalas daripada akar umbi di Kedah amat berputus asa dan menyesali kepimpinan Pak Lah sebagai presiden parti dan Perdana Menteri. 70 Dalil ini adalah rakaman sedikit sahaja daripada rintihan ahli Umno bukan sahaja di negeri Kedah tetapi di seluruh negara. 70 Dalil ini akan disiarkan dalam sepuluh bahagian.1. Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah seorang individu yang tidak minat membaca. Kerana itu pengetahuannya mengenai sebarang isu sangat terhad. Pak Lah juga menghadapi masalah selalu terlena sewaktu mesyuarat dan majlis.Mengikut blogger Sang Kelembai, Pak Lah pernah terlena sewaktu menghadiri perasmian Tilawah Al Quran bersama DYMM Yang Di Pertuan Agong.2. Apabila pengetahuannya terhad maka asas pertimbangannya tidak konsisten dan mengakibatkan kelemahan dalam memutuskan perkara penting dan kritikal. Masalah peribadi Perdana Menteri yang selalu terlena atau tidur sewaktu menjalankan tugas bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan negara tetapi juga memaksa para Menteri cari jalan pintas untuk mendapat perhatian Perdana Menteri. Maka wujudlah taktik ‘getting the PM’s signature on his way out’ iaitu meminta Perdana Menteri menandatangani sesuatu dokumen bila beliau sedang berangkat keluar dari mesyuarat. Pak Lah sanggup menandatangani dokumen tanpa membacanya dengan teliti. Contohnya beliau boleh menandatangani dokumen menyokongsyarikat keluarga sendiri mendapat kontrak ‘Oil For Food’ tanpa disedarinya. Beliau kemudian boleh mengaku tanpa sebarang segan silu bahawa ‘saya pernah menandatangani banyak surat sokongan’.3. Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apa pun, beliau terpaksa bergantung kepada nasihatorang yang beliau senangi iaitu ahli keluarga dan kenalannya. Di sinilah timbul peranan anak, menantu dan beberapa orang lain. Masalahnya mereka ini semua tidak selalunya mementingkan kebaikan negara Malaysia, orang Melayu atau parti Umno.4. Kelemahan ini menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihatyang terdekat itu. Urusan negara dan urusan Kerajaan sudah bertukar menjadi urusan keluarga.5. Selain daripada penasihat ‘tidak rasmi’ daripada kalangan ahli keluarga dan sahabat tertentuPak Lah sebagai Perdana Menteri tidak melantik Penasihat Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau di Kementerian Kewangan. Kecuali Penasihat Agama yang telah mencetuskan idea Islam Hadhari yang tidak bermakna itu, Pak Lah tidak melantik sebarang Penasihat Ekonomi, Penasihat Sains, Penasihat Kewangan atau Penasihat lain yang boleh memberi nasihat secara rasmi kepada Perdana Menteri untuk membantu beliau menimbang keputusan penting.6. Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadi ‘check and balance’ di mana Penasihat Rasmibertanggungjawab menyemak dan mengesahkan semua maklumat dan pendapat untuk memastikan sama ada sesuatu keputusan itu selaras dengan dasar Kerajaan atau tidak - sebelum memberi nasihat secara bertulis kepada Perdana Menteri.7. Sebaliknya penasihat ‘tidak rasmi’ seperti anak, menantu dan sahabat tertentu tidak terikat dengan sebarang pertanggungjawaban atau ‘accountability’seperti ini. Tanpa memegang jawatan rasmi mereka boleh memberi nasihat tanpa mengambilkira kesannya. Kerjaya dan jawatan mereka tidak terjejas kerana mereka bukannya penasihat rasmi kepada Perdana Menteri. Hasilnya nasihat mereka tidak teratur dan sering tidak mengambilkira kepentingan negara. Sebaliknya nasihat mereka lebih mengambilkira kepentingan keluarga Perdana Menteri dan kroninya. Inilah antara sebabnya Perdana Menteri membuat keputusan yang tidak tegas, kontroversi dan boleh berubah-ubah.8. Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau sering berkata, “Saya tidak tahu, Saya tidak pasti atau Saya tidak sedar” dan alasan lain. Sebabnya ialah keputusan itu memang bukan hasil pemikiran beliau tetapi adalah nasihat daripada penasihat ‘tidak rasmi’ yang tidak mempunyai tanggungjawab atau ‘official responsibility’.9. Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkan beliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula. Ini sering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang mengundang kontroversi. Ini juga mengakibatkan ‘Poor ability of judgement’ bagi Pak Lah membuat sebarang keputusan.10. ‘Poor ability of judgement’ ini juga menyebabkan beliau tidak dapat menentukan haluan atau ‘specific direction’ dalam mentadbir Kerajaan dan kurang wawasan untuk menentukan dasar yang terbaik bagi negara.Jentera Kerajaan hilang kawalan.