Tuesday, March 11, 2008

"AZIZAH" Buat Datin Seri Wan Azizah

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Datin Seri Wan Azizah di atas kejayaan cemerlang yang telah dicapai untuk Parti Keadilan Rakyat dalam PRU-12 di Parlimen Permatang Pauh. Dalam PRU-11, Wan Azizah menang dengan majoriti 590 undi mengalahkan calon BN Dato' Pirdaus Ismail.

Cukup membanggakan bagi PKR kerana dalam PRU-12 ini, Datin Seri telah meninggalkan jauh Dato' Pirdaus di belakang dengan majoriti 13,388 dengan mendapat undi sebanyak 30,338 berbanding hanya 16,950 undi yang diraih oleh Pirdaus.

Kalau saya teman rapat Dato Seri Anwar Ibrahim atau saya ini anaknya, akan saya berikan lagu ini untuk Anwar agar dapat ditujukan buat Datin Seri Azizah atas kejayaan itu. Lagu ini telah sekian lama digamkan oleh RTM atas arahan ZAM kerana terlalu PHOBIA dengan kebangkitan Perjuangan Reformasi oleh DSAI sejak tahun 1998. Begitulah takutnya UMNO-BN dengan bayang-bayang perasaan sendiri sepertimana takutnya mereka melihat Lambang PETRONAS yang asalnya kelihatan seperti Lambang Parti PAS - hingga terpaksa membazirkan wang negara untuk menukar dan mengecat semula simbol PETRONAS tersebut seluruh negara suatu ketika dulu.

Sekarang ini ZAM sudah tidak punya apa-apa kuasa lagi dalam kerajaan. Lagu ini bebas untuk diperdengarkan sebagai pembakar semangat bagi DSWA berjuang menegakkan keadilan dan hak rakyat.

LAGU AZIZAH BUAT DATIN SERI DR. WAN AZIZAH

(Tahniah & Syabas juga buat Nurul Izzah yang telah berjaya mengalahkan Dato' Shahrizat)

BERJUANG UNTUK KEBENARAN & KEADILAN

Seloka Buat BN

"Keputusan Pilihanraya UMUM Ke-12 telah membuatkan BN tidak lagi bersikap angkuh dan sombong sebagaimana hari-hari sebelum pilihanraya 4 hari yang lalu.Dalam kempennya, Abdullah sendiri memberitahu rakyat bahawa pakatan pembangkang hanyalah merupakan pakatan 'syok-syok sahaja'. Sekarang apa sudah jadi?Rata-rata sebelum ini pemimpin-peminpin dan menteri-menteri UMNO/BN sering bercakap dan bertindak angkuh; suara rakyat tidak dipedulikan, permintaan rakyat untuk tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan tidak dihiraukan.

MB Khir Toyol memberi penyapu kepada kakitangannya sendiri , sekarang rakyat Selangor pula telah 'MENYAPU' beliau keluar dari kerusi MB.

Itu Samy Vellu sibuk nak menambahkan keuntungan dengan cara merompak wang rakyat dengan TOL.

Mamak Zam pula asyik sibuk menggunakan RTM memperbodohkan rakyat.Diharap menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin BN sedar dan insaf dengan mesej yang telah diberikan oleh rakyat melalui peti undi dalam PRU12 yang baru lalu.

Buat BN yang dari segi moralnya telah kecundang dalam PRU-12, Yang terlalu mempunyai nafsu danmeninggi diri untuk merebut KELANTAN dari PAS namun akhirnya diri sendiri yang merana. Saya tujukan KHAS Lagu ini sebagai pengubat luka.

DENGAR STREAMING DAN MUAT-TURUN AUDIO LAGU DARI PAUTAN INI

KLIK DI SINI UNTUK DENGAR STREAMING TANPA MENINGGALKAN HALAMAN INI

Apa Di buat Semua Tidak Kena
Hidup Melarat Bertambah Hina
Apa Dipegang Semua Tidak Lekat
Siapa Tu…?
Macam Si Buta Hilang Tongkak

Kalau Siapa Selalu Angan-angan
Nanti Kecewa Merana Badan
Kalau Siapa Selalu Masam Muka
Nanti Rupanya Lekas Tua
Sudahlah…….


Bila Sudah Fikiran Runsing
Badan Letih Kepala Pening
Sengsara…Ha
Merana…..Ha
Hidup Pun Mejadi Kecewa


Jangan Selalu Menjaga Pasal Orang
Nanti Dirimu Ditimpa Malang
Jangan Selalu Menunjuk Besar Diri ……
Dok Doh
Nanti Kawanmu Jadi Benci
Reti!!

Jangan Dicuba Menduga Laut Dalam
Nanti Sendiri Yang Mati Karam
Siapa?........
Jangan Selalu Berjalan Masa Malam
Nanti Kepala Bengkak Lapan
Ahhh


Usah Dibawa Perangai Hidung Tinggi
Nanti Sengsara Menimpa Diri
Siapa tu?.....
Jangan Dibuat Perangai Hasad Dengki
Hah…..
Nanti Hidupmu Pendek Rezeki
Hoo


Bila Hati Terlalu Susah
Tidur Baring Tak Tentu Arah
Terlungkup
Hah
Terngadah
O Hoo
Semakin Bertambah Gelisah


Kalau Siapa Mengenang Jasa Orang
HahNanti Jasanya Juga Dikenang
Kalau Siapa Selalu Main Mata
Nanti Ditimpa Sakit Cinta
Haaaa Haaa


UMNO-BN - JANGAN MARAH Aaaa

Saturday, March 8, 2008

BN - Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran

Pepatah Melayu yang masyhur mengukir kata dalam puisi

Di dalam semak ada duri
Ayam Kuning membuat sarang
Orang tamak selaku rugi
Bagai anjing dengan bayang-bayang....


Itulah umpama yang boleh digambarkan terhadap pencapaian BN dalam keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 yang baru berlalu semalam.
Pantun di atas amat segar dalam ingatan sejak berada di tahun 2 sekolah rendah. Guru yang mengajar selalu memberi ingat untuk tidak haloba dalam hidup dan selalu bersyukur dengan segala apa yang ada. Kurikulum tatarakyat yang diajar di sekolah rendah pada waktu itu sudah tentu sekali disediakan oleh Kementerian Pelajaran yang ketika itu adalah di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Barisan Nasional walaubagaimapun lupa untuk menjadikan pantun itu sebagai panduan dalam pemerintahan akibat terlalu leka dan 'mabuk' kuasa lantaran terlalu lama memerintah negara ini.
Kemenangan besar BN dalam pilihanraya UMUM ke-11 pada tahun 2004 menjadikan seperti kacang lupakan kulit. Mungkin akibat terlalu berbangga dan bergembira dengan kejayaan itu, BN telah lupa bahawa apabila telah berada di puncak teratas, tidak akan mungkin lagi ia bisa untuk terus mendaki kerana setiap yang berada di puncak akan menunggu masa untuk jatuh ke bawah. Namun rasmi manusia selalu begitu, tidak suka memandang ke bawah bila berada di tempat yang tinggi sedang yang berada di bawah sering saja mendongak-dongakkan wajah memandang ke atas.
Dengan kuasa yang ada, BN terlalu rakus untuk mengambil tanpa redha negeri KELANTAN yang pada sedianya berada di bawah pemerintahan ulama yang bukan sahaja suci dari dosa rasuah, malah antara negeri yang terlalu kecil kejadian jenayahnya. BN telah membuat perkiraan yang besar dan angkuh apabila belumpun berlangsung pertandingan dalama PRU-12, telahpun menamakan bakal menteri besarnya sendiri. Sedangkan kira-kira 11 tahun nan lalu tanpa rasa berdosa BN sendiri telah menderhakai Rajanya sendiri dengan melantik Sultan Yang Baru di Negeri Sekebun Serendah Bunga Itu. Malah paling menjijikan dan sungguh tidak beradab, BN telah siap sedia dengan kain-kain rentang seluruh negeri Kelantan dengan Kata-Kata " Hari-Hari Terakhir Pemerintahan PAS Di Kelantan".
BN Telah lupa dengan KUASA TUHAN. ALLAH TAALAlah yang maha berkuasa mengatasi segala kuasa di dunia. DIA boleh memberikan kuasa pemerintahan kepada siapa sahaja yang diukehendaki-Nya. Walaupun BN berfikir bahawa ia mempunyai cengkaman kuasa yang cukup kuat dan tak mungkin dapat digugatkan hatta oleh sesiapapun, tetapi kehendak ALLAH pasti mengatasi segalanya dengan hanya IA berkata 'KUN' maka jadilah ia.
KINI BN bukan sahaja tewas dalam hasrat dan nafsu besarnya untuk berkuasa di KELANTAN, malah telah hilang kekuasaanya di KEDAH, PERAK, SELANGOR, PULAU PINANG dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Aduhai BN, Yang DiKejar Tak Dapat, Yang DiKendong Berciciran.

DeJaVu - Penyerahan Kuasa Pemerintahan BN Kepada Rakyat



Ketika artikel ini ditulis, tinggal sekitar 8 jam sahaja lagi Rakyat Malaysia seluruh negara untuk keluar menunaikan kewajiban mereka sebagai warganegara yang mendukung prinsip demokrasi.Sebagai orang yang mengaku beriman kepada ALLAH, setelah segala usaha dan penat lelah berkempen untuk melihat bumi tercipta ini diperintah oleh mereka yang meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup, kita sekeliannya menyerahkan kepada ALLAH SWT dan bertawakkal semoga memberikan kemenangan kepada pihak yang benar.

Dengan segala bukti nyata selama ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa sesungguhnya UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan BN yang memerintah, tidak percaya bahawa mereka akan mendapat sokongan majoriti rakyat seterusnya membentuk kerajaan sekiranya mereka bertanding dalam PRU dengan cara yang bersih, demokratik dan jujur.UMNO-BN terpaksa menggunakan SPR sebagai kuda tunggangan untuk menjalankan operasi halus menipu rakyat dengan pelbagai cara yang sungguh menjijikan untuk memenangi PRU-12 ini. Sesiapapun tidak dapat menafikan bahawa dalam siaran media elektronik semua cerita dan berita mengenai BN adalah baik-baik belaka. Sementara cerita dan kisah mengenai pembangkang semuanya buruk, hodoh dan rompong. Bukan sahaja pembangkang tidak mendapat peluang dan tempat untuk menjelaskan kepada rakyat tentang hasrat murni mereka membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat, malah ucapan-ucapan mereka diputar belit dan siarkan di TV dan Radio seluruh negara untuk memburukkan lagi persepsi umum rakyat terhadap pembangkang.
Terlalu banyak perkara aneh yang berlaku di dunia ini. Amat menghairankan sekali bahawa kita semua telah maklum bahawa BN terlalu banyak melakukan kemungkaran di Bumi Malaysia ini sejak dari dulu hingga sekarang, namun masih ada yang sudi dan sanggup untuk terus duduk bersekongkol dengan parti TAGHUT itu. Manifesto BN yang bertemakan SELAMAT, AMAN & MAKMUR adalah suatu gurauan yang meloyakan. Kita semua tidak lupa bahawa sebelum parlimen dibubarkan, terlalu banyak kejadian-kejadian yang menjelaskan bahawa kita semua tidak selamat di bawah BN. Kejadian jenayah begitu berleluasa termasukkan jenayah kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak kecil yang tidak berdosa. Apakah peranan yang telah dimainkan oleh UMNO-BN dalam usaha menyelamatkan Adik NURUN dan kehilangan Sharlinie. Sebelum itupun telah berpuluh-puluh kejadian gadis-gadis dan remaja dibawah umur yang dirogol dan dibunh dengan kejam di negara ni, Kita tidak lupa semua itu. Dalam kes adik NURIN, KPN sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kemungkinan ibubapa NURIN akan didakwa kerana kecuaian menjaga anak. Apa semuanya ini, sudahlah mereka kehilangan anak tersayang dengan penuh sadis, ketika masih trauma menghadapi peristiwa hitam itu, tanpa segan dan malu Musa Hassan mengeluarkan kenyataan yang penuh biadap.
Dengan segala kelengkapan moden dan bilangan anggota polis dibawah KPN dengan kenaikan gaji dan elaun setiap tahun, polis Malaysia di bawah BN telah gagal untuk menyelesaikan jenayah dalam kes NURIN. Sekarang ini misteri Sharlinie pun nampaknya menjelaskan lagi kegagalan BN dalam melindungi dan menjamin keselamatan rakyat. Baru kira-kira seminggu yang lalu seorang puteri UMNO telah dirogol oleh orang kuat calon yang bertanding di Johor pada malam ketika mereka berkempen. Apabila simangsa membuat laporan polis, puteri UMNO itu telah dipecat dari keahlian. Inikah sikap sebuah parti yang mendakwa melindungi rakyat dengan SELAMAT, AMAN dan MAKMUR.
Segala slogan itu cumalah satu sendiwara semata. Bak kata-kata P.Ramlee dalam Lagu RESAM DUNIA,
DUNIA INI HANYA PALSU
MANUSIA BERDUSTA
KEBANYAKAN SUKA MENIPU
GEMAR MEMBUAT DOSA
DUNIA PENUH DENGAN NODA
DUNIA PENUH DOSA
KEBANYAKAN TIPU DAN DAYA
MENGIKUT NAFSU MURKA
ADA PULA YANG SALAH SANGKA
MENYAYANG SALAH TERKA
PASIR DISANGKA INTAN
BATU DISANGKA BERLIAN
BEGITULAH RESAM DUNIA
TIDAK KEKAL SELAMANYA
HATI-HATI SEBELUM KENA
AGAR TIDAK TERPEDAYA
Rakyat yang cintakan kemakmuran dan keamanan mahu BN menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat. Jangan menipu untuk menjadi kerajaan dan pemerintah, Jikalau BN-UMNO benar-benar ikhlas dan jujur hentikan segala muslihat dan tipudaya yang dilkukan dengan menggunakan SPR sebagai alat untuk menipu. Jalankan PRU dengan adil, bersih dan telus. Pihak PAS dan BA sudah mendapat maklmuat bahawa anggota keselamatan yang telahpun mengundi pos beberapa hari yang lalu akan turun untuk mengundi sekali lagi sebagai pengundi awam. Dan telah dapat dikesan tidak kurang dari 200 nama pengundi pos yang akan sekali lagi mengundi sebagai pengundi awam di hampir semua DUN-DUN terutamanya di negeri Kelantan dan Terenggan sebagai usaha untuk memenangkan BN dalam PRU -12 esok. Saya letakkan satu contoh di sini:-
Shamsudin bin Ahmad anggota tentera yang telahpun mengundi Pos dengan nombor I/C Tentera T717020 akan mengundi lagi esok sebagai pengundi awam dengan kad pengenalan bernombor 671028035123 di Sekolah Kebangsaan Bukit Merbau Selising Pasir Puteh, Kelantan.
Keangkuhan UMNO-BN dalam memenangi PRU umum dengan cara penipuan ini dan kemudian membentuk kerajaan yang sebenarnya adalah palsu kemudian melakukan pelbagai tekanan kepada rakyat dalam hal-hal ekonomi, sosial, pemerintahan, pendidikan sama sekali tidak akan mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T dan juga tidak diredhaan oleh rakyat Malaysia.
Kepada Tan Sri RASHID, kamu jangan ingat kamu itu jaguh kepada UMNO-BN kerana berjaya memainkan peranan jahat dan kotor kamu dalam memberikan kemenangan palsu kepada kerajaan BN. Ingatlah kamu kini sudah berada di penghujung usia. Di alam yang satu lagi yang lambat laung kamu akan pergi ke sana, kepada siapa kamu hendak meminta pertolongan. Dan di mahkamah ALLAH S.W.T di Mahsyar nanti segala penipuan yang kamu jalankan akan terbongkar dan disaksikan bukan sahaja oleh Rakyat Malaysia yang kamu tipu, malah oleh segala makhluk Tuhan sejak dari sebelum zaman Nabi Adam hinggalah kepada zaman akhir sebelum berlakunya Qiamat.
Kepada BN yang selama ini menjadi kerajaan palsu yang tidak sah yang telah mentadbir negara dengan penuh kemungkaran, penipuan dan keangkuhan - Ingatlah, jangan cuba hendak mengatasi KUASA ALLAH dengan berkata bahawa kamu sajalah yang boleh memerintah Malaysia. ALLAH MAHA KAYA, Dia boleh memberikan kuasa pemerintahan kepada saja yang dikehendiki-Nya. Apabila berlalunya hari pengundian pada 8 Mac menjelang jam 2:00 pagi kamu pasti akan melihat balasan ALLAH SWT yang akan menjadikan DeJaVu - Penyerahan Kuasa Pemerintaan Kamu Kepada Rakyat Satu Kejadian Di Alam Nyata. Di saat itu nanti kamu akan melihat bukan saja kamu akan gagal di KELANTAN, malah dalam DejaVu yang telah saya lihat dalam gambaran adalah kegagalan kamu untuk berkuasa dinegeri-negeri seperti KEDAH, PULAU PINANG, PERAK, dan SELANGOR malah cengkaman kuasa kamu akan longgar di negeri kelahiran kamu sendiri iaitu JOHOR.
Kepada seluruh Rakyat MALAYSIA samada penyokong BA dan BN, keluarlah mengundi beramai-ramai dan jangan takut untuk mengundi calon dan parti yang jujur, bersih dan bebas dari rasuah dan kemungkaran. Jadikan DeJaVu Penyerahan Kuasa Pemerintahan BN Kepada Rakyat Satu Realiti. Selamatkan Malaysia Tercinta ini dari terus dirosakkan oleh BN.

Pembatalan Penggunaan Dakwat - Rashid & Musa Menyembunyikan Pembohongan?



MUNGKIN kerana bimbang timbul kemarahan rakyat ekoran dari keputusan SPR ( baca Suruhanjaya Pilihanraya Barisan Nasional) membatalkan penggunaan dakwat dalam proses PRU-12 di sidang media petang Selasa, 4 Mac lalu, Barisan Nasional 'terpaksa' membawa Tan Sri Rashid dan KPN Musa Hassan muncul dalam Rancangan Bual Bicara Pilihanraya yang disiarkan secara langsung di TV3 pada malam semalam. Sebarang penegasan dan juga penjelasan sesuatu isu nasional yang melibatkan hak dan kepentingan rakyat selalunya akan disiarkan melalui RTM yang dianggap suara rasmi BN. Namun kerana sedar bahawa tidak ramai rakyat Malaysia yang menonton RTM ( TV1 & TV2 ) pada waktu perdana, maka disiarkanlah temu bual untuk menjelaskan isu pembatalan penggunaan dakwat itu di TV3.
Menurut Musa, seperti yang telah disiarkan diakhbar pada siang harinya, sebab-sebab pembatalan itu kononnya adalah akibat adanya 4 laporan polis yang telah dibuat oleh individu tertentu yang setelah siasatan dilakukan didapati ada orang lain telah membeli dakwat yang sama untuk dicalitkan kepada jari orang-orang dijalanan sebelum sempat mereka tiba di pusat mengundi pada 8 mac nanti untuk membuang undi. Melihat kepada logik alasan ini, nampaknya setelah 11 kali keluar mengundi dalam PRU, rupa-rupanya masih ada rakyat Malaysia yang layak mengundi seolah-olah seperti orang dungu saja bila mahu dicalitkan dakwat ke jari, maka dengan mudah sahaja dihulurkanlah tangan mereka dengan membuka luas-luas ruas-ruas jemarinya agar senanglah dicalitkan dakwat itu. Dan kewarasan mereka samalah seperti budak-budak berumur 2 atau 3 tahun yang bila dipanggil untuk diberi gula-gula dan aiskrim maka bercemperalah mereka datang menghulurkan tangan untuk mengambil manisan itu.
Penjelasan Musa dilihat tidak meyakinkan lalu tanpa diminta oleh Pengacara Zainal Abidin, Rashid lalu mencelah. Katanya pembatalan penggunaan dakwat itu bukanlah semata-mata atas sebab laporan yang dibuat kepada pihak polis. Tetapi yang lebih penting adalah kerana ianya melibatkan hak asasi rakyat. Kata Rashid adalah menjadi kesalahan jika SPR menghalang warganegara dari mengundi. Hak mengundi rakyat Malaysia telah dijamin oleh Pelembagaan. Jika ada orang mencalitkan dakwat kepada jari orang dungu sedangkan mereka belum lagi mengundi, maka bila tiba di pusat membuang undi, maka secara automatik ia akan ditegah untuk mengundi. Maka ini akan menafikan haknya sebagai warganegara untuk mengundi. Kerana teramat perihatin akan hal inilah kata Rashid, dia sebagai pengerusi SPR telah menerima nasihat daripada pakar undang-undang yang telah membuat kajian mengenai hal ini yang akhirnya akan melibatkan implikasi perlanggaran undang-undang perlembagaan. Barangkali ramai juga penonton dan pendengar pada saat itu ingin bertanya siapakah dia pakar undang-undang yang telah membuat kajian itu yang dengannya telah mengakibatkan keputusan besar yang telah dibuat sebelum ini telah bertukar menjadi permainan 'cup, 'cup', tak jadilah. Malangnya sessi panggilan talifon secara live dari penonton tidak diadakan. Maka terselamatlah Rashid malam semalam.
Samada Musa dan Rashid bercakap benar atau tidak tentang sebab sebenar pembatalan itu hanya mereka dan ALLAH TAALA sahaja yang tahu. PAS bersama BA akan tetap meneruskan pertandingan dalam PRU-12 dengan doa dan bermunajat ke hadhrat Ilahi agar segala penipuan yang mungkin bakal berlaku dari pakatan BN-SPR akan digagalkan ALLAH. Apa yang jelas, penampilan kedua-dua panglima Pak Lah dalam Rancangan Temu Bual Pilihanraya malam 5 Mac kelmarin telah menunjukkan bahawa mereka gagal untuk menyembunyikan unsur-unsur penipuan dalam penjelasan mereka. Seperti yang saya katakan tadi samada kedua-dua bercakap benar atau bohong, mereka dan ALLAH TAALA sahaja yang tahu. Namun apa yang berlaku pada diri mereka secara fizikal ketika itu dapat menunjukkan secara fisiologi bahawa mereka tidak bercakap benar. Bila kita tidak bercakap benar, hipotalamus yang berada di bahagian tengah otak akan merangsang kalenjar pituitari untuk merembeskan horman yang akan mengakibatkan percakapan menjadi gagap dan roma muka menjadi merah. Bila Musa mula menjawab dan bercakap mengenai 4 laporan polis, maka ketika itu sudah dapat dilihat dengan jelas dari kaca television wajahnya menjadi merah. Matanya bergerak ke atas dan berpindah ke kanan. Tindakan semulajadi ini akan berlaku bila manusia cuba membayangkan satu imiginasi yang tidak pernah berlaku. Saya berkata begini kerana saya tahu dan belajar mengenai psikologi tindakan hipotalamus otak bila kita bercakap sesuatu yang benar dan memberitahu sesuatu perkara bohong.
Baiklah, apakah yang akan berlaku bila kita cuba mengingati sesuatu peristiwa yang kita tidak berapa ingat? Biji mata kita akan bergerak memandang ke bawah dan kemudian akan beralih ke bahagian kiri kerana bahagian kiri dikawal oleh otak kanan. Otak kanan mengandungi nuero-neuro transmitter yang bertindak terhadap memori dan pemprosesan simpanan data. Manakala otak kiri mengandungi nuero-nuerotransmitter yang bertindak terhadap imiginasi dan khayalan yang akan mengakibatkan mata bergerak ke sebelah kanan. Maka apabila mata memandang ke atas dan beralih ke bahagian kanan menunjukkan yang kita sedang membayangkan sesuatu imiginasi yang tidak pernah berlaku. Cuba anda ingat, apakah makanan yang anda nikmati semasa hidangan tengahari 3 yang lalu . Perhatikan kearah manakah mata anda akan bergerak? saya pasti, ianya akan bergerak memandang ke bawah. Dan kemudian cuba pula anda bayangkan yang sejejap lagi anda akan naik ke angkasa dan mendarat di bulan, sesuatu yang saya pasti yang anda tidak pernah lakukan dan alami selain dari Syed Muzaffar. Apakah anda rasai mata anda akan bergerak ke atas atau ke bawah? Ya, jawapannya tentu akan bergerak ke atas untuk memudahkan anda berimiginasi perkara yang tidak pernah berlaku. Dan ini berlaku secara spontan.
Pada malam semalam dalam Rancangan Bual Bicara Pilihanraya, Mata Musa telah bergerak ke atas dan ke kanan memberitahu kita bahawa otak beliau ketika itu cuba membayangkan sesuatu perkara imiginasi dan mukanya berubah menjadi merah kerana di saat itu, kalenjar pituitarinya telah merembeskan hormon yang mepengaruhi emosinya dan cakap Rashid pula menjadi tersekat-sekat disebabkan pengeluaran hormon oleh kalenjar pituitari di otaknya sedang berlaku secara langsung.

Saturday, March 1, 2008

Kepincangan PilihanRaya Umum 2004

Tinggal 7 hari lagi bagi rakyat Malaysia untuk menunaikan kewajipan sebagai warganegara keluar mengundi bagi Pilihanraya UMUM ke-12.

Bagi kita yang celik politik dan mahu berfikir secara waras, tentu sekali tidak pernah setuju bahawa Suruhanjaya Pilihanraya di Malaysia ini sejak namanya masih Tanah Melayu hingga kini berlaku adil dalam tugasnya. Dari dulu hingga kini di mana Tan Sri Rashid menjadi pengerusinya dengan angkuhnya seringkali mendakwa SPR di Malaysia ini adalah yang paling terbaik biarpun pihak parti-parti pembangkang sering keluar dengan bukti dan hujah-hujan yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam pengendalian SPR itu sendiri.