Saturday, March 8, 2008

Pembatalan Penggunaan Dakwat - Rashid & Musa Menyembunyikan Pembohongan?



MUNGKIN kerana bimbang timbul kemarahan rakyat ekoran dari keputusan SPR ( baca Suruhanjaya Pilihanraya Barisan Nasional) membatalkan penggunaan dakwat dalam proses PRU-12 di sidang media petang Selasa, 4 Mac lalu, Barisan Nasional 'terpaksa' membawa Tan Sri Rashid dan KPN Musa Hassan muncul dalam Rancangan Bual Bicara Pilihanraya yang disiarkan secara langsung di TV3 pada malam semalam. Sebarang penegasan dan juga penjelasan sesuatu isu nasional yang melibatkan hak dan kepentingan rakyat selalunya akan disiarkan melalui RTM yang dianggap suara rasmi BN. Namun kerana sedar bahawa tidak ramai rakyat Malaysia yang menonton RTM ( TV1 & TV2 ) pada waktu perdana, maka disiarkanlah temu bual untuk menjelaskan isu pembatalan penggunaan dakwat itu di TV3.
Menurut Musa, seperti yang telah disiarkan diakhbar pada siang harinya, sebab-sebab pembatalan itu kononnya adalah akibat adanya 4 laporan polis yang telah dibuat oleh individu tertentu yang setelah siasatan dilakukan didapati ada orang lain telah membeli dakwat yang sama untuk dicalitkan kepada jari orang-orang dijalanan sebelum sempat mereka tiba di pusat mengundi pada 8 mac nanti untuk membuang undi. Melihat kepada logik alasan ini, nampaknya setelah 11 kali keluar mengundi dalam PRU, rupa-rupanya masih ada rakyat Malaysia yang layak mengundi seolah-olah seperti orang dungu saja bila mahu dicalitkan dakwat ke jari, maka dengan mudah sahaja dihulurkanlah tangan mereka dengan membuka luas-luas ruas-ruas jemarinya agar senanglah dicalitkan dakwat itu. Dan kewarasan mereka samalah seperti budak-budak berumur 2 atau 3 tahun yang bila dipanggil untuk diberi gula-gula dan aiskrim maka bercemperalah mereka datang menghulurkan tangan untuk mengambil manisan itu.
Penjelasan Musa dilihat tidak meyakinkan lalu tanpa diminta oleh Pengacara Zainal Abidin, Rashid lalu mencelah. Katanya pembatalan penggunaan dakwat itu bukanlah semata-mata atas sebab laporan yang dibuat kepada pihak polis. Tetapi yang lebih penting adalah kerana ianya melibatkan hak asasi rakyat. Kata Rashid adalah menjadi kesalahan jika SPR menghalang warganegara dari mengundi. Hak mengundi rakyat Malaysia telah dijamin oleh Pelembagaan. Jika ada orang mencalitkan dakwat kepada jari orang dungu sedangkan mereka belum lagi mengundi, maka bila tiba di pusat membuang undi, maka secara automatik ia akan ditegah untuk mengundi. Maka ini akan menafikan haknya sebagai warganegara untuk mengundi. Kerana teramat perihatin akan hal inilah kata Rashid, dia sebagai pengerusi SPR telah menerima nasihat daripada pakar undang-undang yang telah membuat kajian mengenai hal ini yang akhirnya akan melibatkan implikasi perlanggaran undang-undang perlembagaan. Barangkali ramai juga penonton dan pendengar pada saat itu ingin bertanya siapakah dia pakar undang-undang yang telah membuat kajian itu yang dengannya telah mengakibatkan keputusan besar yang telah dibuat sebelum ini telah bertukar menjadi permainan 'cup, 'cup', tak jadilah. Malangnya sessi panggilan talifon secara live dari penonton tidak diadakan. Maka terselamatlah Rashid malam semalam.
Samada Musa dan Rashid bercakap benar atau tidak tentang sebab sebenar pembatalan itu hanya mereka dan ALLAH TAALA sahaja yang tahu. PAS bersama BA akan tetap meneruskan pertandingan dalam PRU-12 dengan doa dan bermunajat ke hadhrat Ilahi agar segala penipuan yang mungkin bakal berlaku dari pakatan BN-SPR akan digagalkan ALLAH. Apa yang jelas, penampilan kedua-dua panglima Pak Lah dalam Rancangan Temu Bual Pilihanraya malam 5 Mac kelmarin telah menunjukkan bahawa mereka gagal untuk menyembunyikan unsur-unsur penipuan dalam penjelasan mereka. Seperti yang saya katakan tadi samada kedua-dua bercakap benar atau bohong, mereka dan ALLAH TAALA sahaja yang tahu. Namun apa yang berlaku pada diri mereka secara fizikal ketika itu dapat menunjukkan secara fisiologi bahawa mereka tidak bercakap benar. Bila kita tidak bercakap benar, hipotalamus yang berada di bahagian tengah otak akan merangsang kalenjar pituitari untuk merembeskan horman yang akan mengakibatkan percakapan menjadi gagap dan roma muka menjadi merah. Bila Musa mula menjawab dan bercakap mengenai 4 laporan polis, maka ketika itu sudah dapat dilihat dengan jelas dari kaca television wajahnya menjadi merah. Matanya bergerak ke atas dan berpindah ke kanan. Tindakan semulajadi ini akan berlaku bila manusia cuba membayangkan satu imiginasi yang tidak pernah berlaku. Saya berkata begini kerana saya tahu dan belajar mengenai psikologi tindakan hipotalamus otak bila kita bercakap sesuatu yang benar dan memberitahu sesuatu perkara bohong.
Baiklah, apakah yang akan berlaku bila kita cuba mengingati sesuatu peristiwa yang kita tidak berapa ingat? Biji mata kita akan bergerak memandang ke bawah dan kemudian akan beralih ke bahagian kiri kerana bahagian kiri dikawal oleh otak kanan. Otak kanan mengandungi nuero-neuro transmitter yang bertindak terhadap memori dan pemprosesan simpanan data. Manakala otak kiri mengandungi nuero-nuerotransmitter yang bertindak terhadap imiginasi dan khayalan yang akan mengakibatkan mata bergerak ke sebelah kanan. Maka apabila mata memandang ke atas dan beralih ke bahagian kanan menunjukkan yang kita sedang membayangkan sesuatu imiginasi yang tidak pernah berlaku. Cuba anda ingat, apakah makanan yang anda nikmati semasa hidangan tengahari 3 yang lalu . Perhatikan kearah manakah mata anda akan bergerak? saya pasti, ianya akan bergerak memandang ke bawah. Dan kemudian cuba pula anda bayangkan yang sejejap lagi anda akan naik ke angkasa dan mendarat di bulan, sesuatu yang saya pasti yang anda tidak pernah lakukan dan alami selain dari Syed Muzaffar. Apakah anda rasai mata anda akan bergerak ke atas atau ke bawah? Ya, jawapannya tentu akan bergerak ke atas untuk memudahkan anda berimiginasi perkara yang tidak pernah berlaku. Dan ini berlaku secara spontan.
Pada malam semalam dalam Rancangan Bual Bicara Pilihanraya, Mata Musa telah bergerak ke atas dan ke kanan memberitahu kita bahawa otak beliau ketika itu cuba membayangkan sesuatu perkara imiginasi dan mukanya berubah menjadi merah kerana di saat itu, kalenjar pituitarinya telah merembeskan hormon yang mepengaruhi emosinya dan cakap Rashid pula menjadi tersekat-sekat disebabkan pengeluaran hormon oleh kalenjar pituitari di otaknya sedang berlaku secara langsung.

No comments: