Saturday, March 8, 2008

DeJaVu - Penyerahan Kuasa Pemerintahan BN Kepada Rakyat



Ketika artikel ini ditulis, tinggal sekitar 8 jam sahaja lagi Rakyat Malaysia seluruh negara untuk keluar menunaikan kewajiban mereka sebagai warganegara yang mendukung prinsip demokrasi.Sebagai orang yang mengaku beriman kepada ALLAH, setelah segala usaha dan penat lelah berkempen untuk melihat bumi tercipta ini diperintah oleh mereka yang meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup, kita sekeliannya menyerahkan kepada ALLAH SWT dan bertawakkal semoga memberikan kemenangan kepada pihak yang benar.

Dengan segala bukti nyata selama ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa sesungguhnya UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan BN yang memerintah, tidak percaya bahawa mereka akan mendapat sokongan majoriti rakyat seterusnya membentuk kerajaan sekiranya mereka bertanding dalam PRU dengan cara yang bersih, demokratik dan jujur.UMNO-BN terpaksa menggunakan SPR sebagai kuda tunggangan untuk menjalankan operasi halus menipu rakyat dengan pelbagai cara yang sungguh menjijikan untuk memenangi PRU-12 ini. Sesiapapun tidak dapat menafikan bahawa dalam siaran media elektronik semua cerita dan berita mengenai BN adalah baik-baik belaka. Sementara cerita dan kisah mengenai pembangkang semuanya buruk, hodoh dan rompong. Bukan sahaja pembangkang tidak mendapat peluang dan tempat untuk menjelaskan kepada rakyat tentang hasrat murni mereka membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat, malah ucapan-ucapan mereka diputar belit dan siarkan di TV dan Radio seluruh negara untuk memburukkan lagi persepsi umum rakyat terhadap pembangkang.
Terlalu banyak perkara aneh yang berlaku di dunia ini. Amat menghairankan sekali bahawa kita semua telah maklum bahawa BN terlalu banyak melakukan kemungkaran di Bumi Malaysia ini sejak dari dulu hingga sekarang, namun masih ada yang sudi dan sanggup untuk terus duduk bersekongkol dengan parti TAGHUT itu. Manifesto BN yang bertemakan SELAMAT, AMAN & MAKMUR adalah suatu gurauan yang meloyakan. Kita semua tidak lupa bahawa sebelum parlimen dibubarkan, terlalu banyak kejadian-kejadian yang menjelaskan bahawa kita semua tidak selamat di bawah BN. Kejadian jenayah begitu berleluasa termasukkan jenayah kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak kecil yang tidak berdosa. Apakah peranan yang telah dimainkan oleh UMNO-BN dalam usaha menyelamatkan Adik NURUN dan kehilangan Sharlinie. Sebelum itupun telah berpuluh-puluh kejadian gadis-gadis dan remaja dibawah umur yang dirogol dan dibunh dengan kejam di negara ni, Kita tidak lupa semua itu. Dalam kes adik NURIN, KPN sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kemungkinan ibubapa NURIN akan didakwa kerana kecuaian menjaga anak. Apa semuanya ini, sudahlah mereka kehilangan anak tersayang dengan penuh sadis, ketika masih trauma menghadapi peristiwa hitam itu, tanpa segan dan malu Musa Hassan mengeluarkan kenyataan yang penuh biadap.
Dengan segala kelengkapan moden dan bilangan anggota polis dibawah KPN dengan kenaikan gaji dan elaun setiap tahun, polis Malaysia di bawah BN telah gagal untuk menyelesaikan jenayah dalam kes NURIN. Sekarang ini misteri Sharlinie pun nampaknya menjelaskan lagi kegagalan BN dalam melindungi dan menjamin keselamatan rakyat. Baru kira-kira seminggu yang lalu seorang puteri UMNO telah dirogol oleh orang kuat calon yang bertanding di Johor pada malam ketika mereka berkempen. Apabila simangsa membuat laporan polis, puteri UMNO itu telah dipecat dari keahlian. Inikah sikap sebuah parti yang mendakwa melindungi rakyat dengan SELAMAT, AMAN dan MAKMUR.
Segala slogan itu cumalah satu sendiwara semata. Bak kata-kata P.Ramlee dalam Lagu RESAM DUNIA,
DUNIA INI HANYA PALSU
MANUSIA BERDUSTA
KEBANYAKAN SUKA MENIPU
GEMAR MEMBUAT DOSA
DUNIA PENUH DENGAN NODA
DUNIA PENUH DOSA
KEBANYAKAN TIPU DAN DAYA
MENGIKUT NAFSU MURKA
ADA PULA YANG SALAH SANGKA
MENYAYANG SALAH TERKA
PASIR DISANGKA INTAN
BATU DISANGKA BERLIAN
BEGITULAH RESAM DUNIA
TIDAK KEKAL SELAMANYA
HATI-HATI SEBELUM KENA
AGAR TIDAK TERPEDAYA
Rakyat yang cintakan kemakmuran dan keamanan mahu BN menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat. Jangan menipu untuk menjadi kerajaan dan pemerintah, Jikalau BN-UMNO benar-benar ikhlas dan jujur hentikan segala muslihat dan tipudaya yang dilkukan dengan menggunakan SPR sebagai alat untuk menipu. Jalankan PRU dengan adil, bersih dan telus. Pihak PAS dan BA sudah mendapat maklmuat bahawa anggota keselamatan yang telahpun mengundi pos beberapa hari yang lalu akan turun untuk mengundi sekali lagi sebagai pengundi awam. Dan telah dapat dikesan tidak kurang dari 200 nama pengundi pos yang akan sekali lagi mengundi sebagai pengundi awam di hampir semua DUN-DUN terutamanya di negeri Kelantan dan Terenggan sebagai usaha untuk memenangkan BN dalam PRU -12 esok. Saya letakkan satu contoh di sini:-
Shamsudin bin Ahmad anggota tentera yang telahpun mengundi Pos dengan nombor I/C Tentera T717020 akan mengundi lagi esok sebagai pengundi awam dengan kad pengenalan bernombor 671028035123 di Sekolah Kebangsaan Bukit Merbau Selising Pasir Puteh, Kelantan.
Keangkuhan UMNO-BN dalam memenangi PRU umum dengan cara penipuan ini dan kemudian membentuk kerajaan yang sebenarnya adalah palsu kemudian melakukan pelbagai tekanan kepada rakyat dalam hal-hal ekonomi, sosial, pemerintahan, pendidikan sama sekali tidak akan mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T dan juga tidak diredhaan oleh rakyat Malaysia.
Kepada Tan Sri RASHID, kamu jangan ingat kamu itu jaguh kepada UMNO-BN kerana berjaya memainkan peranan jahat dan kotor kamu dalam memberikan kemenangan palsu kepada kerajaan BN. Ingatlah kamu kini sudah berada di penghujung usia. Di alam yang satu lagi yang lambat laung kamu akan pergi ke sana, kepada siapa kamu hendak meminta pertolongan. Dan di mahkamah ALLAH S.W.T di Mahsyar nanti segala penipuan yang kamu jalankan akan terbongkar dan disaksikan bukan sahaja oleh Rakyat Malaysia yang kamu tipu, malah oleh segala makhluk Tuhan sejak dari sebelum zaman Nabi Adam hinggalah kepada zaman akhir sebelum berlakunya Qiamat.
Kepada BN yang selama ini menjadi kerajaan palsu yang tidak sah yang telah mentadbir negara dengan penuh kemungkaran, penipuan dan keangkuhan - Ingatlah, jangan cuba hendak mengatasi KUASA ALLAH dengan berkata bahawa kamu sajalah yang boleh memerintah Malaysia. ALLAH MAHA KAYA, Dia boleh memberikan kuasa pemerintahan kepada saja yang dikehendiki-Nya. Apabila berlalunya hari pengundian pada 8 Mac menjelang jam 2:00 pagi kamu pasti akan melihat balasan ALLAH SWT yang akan menjadikan DeJaVu - Penyerahan Kuasa Pemerintaan Kamu Kepada Rakyat Satu Kejadian Di Alam Nyata. Di saat itu nanti kamu akan melihat bukan saja kamu akan gagal di KELANTAN, malah dalam DejaVu yang telah saya lihat dalam gambaran adalah kegagalan kamu untuk berkuasa dinegeri-negeri seperti KEDAH, PULAU PINANG, PERAK, dan SELANGOR malah cengkaman kuasa kamu akan longgar di negeri kelahiran kamu sendiri iaitu JOHOR.
Kepada seluruh Rakyat MALAYSIA samada penyokong BA dan BN, keluarlah mengundi beramai-ramai dan jangan takut untuk mengundi calon dan parti yang jujur, bersih dan bebas dari rasuah dan kemungkaran. Jadikan DeJaVu Penyerahan Kuasa Pemerintahan BN Kepada Rakyat Satu Realiti. Selamatkan Malaysia Tercinta ini dari terus dirosakkan oleh BN.

No comments: