Saturday, March 8, 2008

BN - Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran

Pepatah Melayu yang masyhur mengukir kata dalam puisi

Di dalam semak ada duri
Ayam Kuning membuat sarang
Orang tamak selaku rugi
Bagai anjing dengan bayang-bayang....


Itulah umpama yang boleh digambarkan terhadap pencapaian BN dalam keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 yang baru berlalu semalam.
Pantun di atas amat segar dalam ingatan sejak berada di tahun 2 sekolah rendah. Guru yang mengajar selalu memberi ingat untuk tidak haloba dalam hidup dan selalu bersyukur dengan segala apa yang ada. Kurikulum tatarakyat yang diajar di sekolah rendah pada waktu itu sudah tentu sekali disediakan oleh Kementerian Pelajaran yang ketika itu adalah di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Barisan Nasional walaubagaimapun lupa untuk menjadikan pantun itu sebagai panduan dalam pemerintahan akibat terlalu leka dan 'mabuk' kuasa lantaran terlalu lama memerintah negara ini.
Kemenangan besar BN dalam pilihanraya UMUM ke-11 pada tahun 2004 menjadikan seperti kacang lupakan kulit. Mungkin akibat terlalu berbangga dan bergembira dengan kejayaan itu, BN telah lupa bahawa apabila telah berada di puncak teratas, tidak akan mungkin lagi ia bisa untuk terus mendaki kerana setiap yang berada di puncak akan menunggu masa untuk jatuh ke bawah. Namun rasmi manusia selalu begitu, tidak suka memandang ke bawah bila berada di tempat yang tinggi sedang yang berada di bawah sering saja mendongak-dongakkan wajah memandang ke atas.
Dengan kuasa yang ada, BN terlalu rakus untuk mengambil tanpa redha negeri KELANTAN yang pada sedianya berada di bawah pemerintahan ulama yang bukan sahaja suci dari dosa rasuah, malah antara negeri yang terlalu kecil kejadian jenayahnya. BN telah membuat perkiraan yang besar dan angkuh apabila belumpun berlangsung pertandingan dalama PRU-12, telahpun menamakan bakal menteri besarnya sendiri. Sedangkan kira-kira 11 tahun nan lalu tanpa rasa berdosa BN sendiri telah menderhakai Rajanya sendiri dengan melantik Sultan Yang Baru di Negeri Sekebun Serendah Bunga Itu. Malah paling menjijikan dan sungguh tidak beradab, BN telah siap sedia dengan kain-kain rentang seluruh negeri Kelantan dengan Kata-Kata " Hari-Hari Terakhir Pemerintahan PAS Di Kelantan".
BN Telah lupa dengan KUASA TUHAN. ALLAH TAALAlah yang maha berkuasa mengatasi segala kuasa di dunia. DIA boleh memberikan kuasa pemerintahan kepada siapa sahaja yang diukehendaki-Nya. Walaupun BN berfikir bahawa ia mempunyai cengkaman kuasa yang cukup kuat dan tak mungkin dapat digugatkan hatta oleh sesiapapun, tetapi kehendak ALLAH pasti mengatasi segalanya dengan hanya IA berkata 'KUN' maka jadilah ia.
KINI BN bukan sahaja tewas dalam hasrat dan nafsu besarnya untuk berkuasa di KELANTAN, malah telah hilang kekuasaanya di KEDAH, PERAK, SELANGOR, PULAU PINANG dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Aduhai BN, Yang DiKejar Tak Dapat, Yang DiKendong Berciciran.

No comments: